Wednesday, June 5, 2013

KURSUS KEMAHIRAN PENYELIAAN BERKESAN

“Kepimpinan melalui penyeliaan yang berkesan”
“Leadership through effective supervision”

Disampaikan oleh / presented by : Teknologi Bijaksana

Masa / Time:
3 hari (sijil penyertaan)
Penuh masa selama 3 minggu (Sijil penyertaan & SKM)
3 day (certificate of participation)
Full time for 2 weeks (SKM & participation certificate)

Tempat / Venue:
TEKNOLOGI BIJAKSANA, PUSAT BERTAULIAH JPK L01232
No. 101 PEKAN BATU 14
43100 HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN

Asslamualaikum / Salam sejahtera,

Kemajuan yang dikecapi di negara ini telah meningkatkan taraf pekerjaan kebanyakan rakyat Malaysia. Jika dahulunya ramai yang menjadi pekerja dan buruh namun kini ramai yang telah menjadi penyelia, pemimpin dan jurutera. Tetapi bersediakah kita untuk menghadapi cabaran ini? Sejauh manakah keupayaan dan kredibiliti kita dalam menangani situasi dan masalah dalam penyeliaan?

Penyeliaan adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. Ia adalah pemerhati dan penggerak di samping berfungsi menghubungkan pekerja teknikal dan bahagian pengurusan. Kesannya boleh dilihat pada prestasi dan kelakuan para pekerja. 

Dear All,

As our country becomes more advanced by the day, the standard of employment most of Malaysians has been increased. Once there are many workers and labors, but now many have become supervisors, leaders and engineers. But are we ready to face this challenge? How strong is our capability and credibility in dealing with supervision’s situations and problems?



Supervision is the key to organization’s success. It acts as observer and activator as well as functioning to connect the technical employee with upper management. The impact is seen on employee performances and behaviour.

Mengenai Kursus ini
About this course

Kursus ini selain sebagai dokumen tambahan bagi mendapatkan sijil dari NOSS, ia juga dapat melatih dan memberikan pemahaman menyeluruh mengenai fungsi pekerjaan dan cara-cara berkesan dalam menjalankan tugasan seharian. Konsep pembelajaran melalui kombinasi interaktif dan praktikal membolehkan peserta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

By following this course not only as a supplementary document to NOSS’s certificate but also train and provide a comprehensive understanding of job functions and the effective ways to carry out daily tasks. The concept of learning through a combination of interactive and practical allows participants to apply the skills learned.

Tempoh masa
Duration

Bagi mendapatkan sijil penyertaan peserta hanya perlu mengikuti 3 hari kursus. Bagi yang ingin mendapatkan Sijil Penyertaan Pencapaian SKM pula kursus ini akan berlangsung selama 3 minggu. Di minggu yang pertama para peserta akan mengikuti pembelajaran modul – modul seperti yang akan diberikan nanti. Minggu yang kedua pegawai penilai akan menyemak portfolio dan di minggu terakhir Pegawai Pengesah Luaran (PPL) akan membuat lawatan untuk pengeluaran sijil.

Participants need to follow 3 days of the course to obtain certificate of participation. For those who wish to gain the SKM certificate, the course is last to 3 weeks. In the first week the participant will attend to learn all the modules that will be given later. The Assessment Officer will come to review the portfolio in the second week and in the last week, the External Verifier Officer (PPL) will make a visit to the issuance of certificate.

Objective
Objective

*     Memahami definasi serta tugas dan tanggungjawab seorang penyelia dalam sesebuah organisasi.
Understanding the definition and tasks and responsibilities of supervisor in an organization
*      Mengenalpasti masalah dan cabaran dalam penyeliaan
Recognized problems and challenges in supervisory
*      Memahami teknik-teknik untuk menyusun dan pembahagian tugas supaya lebih berkesan dan produktif
Understanding the techniques for compiling and distribution of tasks to be more effective and productive
*      Mempelajari asas keterampilan sebagai pemimpin dan cara kerja berpasukan
Learn the basic interpersonal skill as a leader and work as a team
*     Menguatkuasakan keselamatan di tempat kerja
Enforce safety at work place
    
Mengawal belanjawan
Control budget

Kaedah pembelajaran
Learning methodology

Kaedah yang digunapakai dalam pembelajaran ini ialah Realisasi Diri, Pembelajaran Melalui Pengalaman dan Bekerja Sambil Belajar. Setiap kekuatan dan kelemahan diri peserta akan dinilai sebelum membentuk mereka menjadi penyelia yang berkesan. Kemudian para peserta akan mempelajari teknik-teknik penyeliaan dari pelbagai aktiviti yang bersifat individu mahupun berkumpulan seperti penyampaian, perbincangan dan persembahan video. Akhirnya pelatih akan membantu peserta untuk mendapatkan sijil Penyeliaan tahap 3 (T-010-3) dari JPK.

The method used in this study is Self Realization, Learning through Experience and Working while Learning. Strengths and weakness of each participant will be assessed prior to make them an effective supervisor. Then, the participants will learn the techniques of the supervision from various activities that are individually and collectively, such as presentation, discussion and video presentation. Finally, trainees will help participants to obtain a certificate of supervision level 3 
(T-010-3) from DSD.

Nisbah aktiviti kursus boleh dianggarkan kepada 50% kuliah dan 50% aktiviti pembelajaran aktif. Antara aktiviti pembelajaran aktif ialah:
The ratio of course is 50% lecture and 50% active learning activity. Below is the active learning activity:

*      Penilaian individu
Individual assessment
*      Perbincangan kumpulan
Group discussion
*      Permainan pendidikan
Educational games
*      Video persembahan
Video presentation
*     Sumbang saran
Brainstorming


Modul – modul pembelajaran
Learning moduls

                MO1.    Menguatkuasakan keselamatan industri
Enforce industrial safety
                MO2.    Merancang kerja
Plan work
                 MO3.     Mengenalpasti sumber dan proses
Indentify resources and process
                MO4.    Menentukan tempoh kerja
Determine duration of work
                MO5.    Memantau kualiti kerja mengikut piawaian
Monitor quality of work against standard
                MO6.    Teknik komunikasi
Communication techniques
                MO7.    Mengendalikan pembentangan dan keperluaan latihan
Conduct presentation and training needs
                MO8.    Menilai kecekapan
Evaluate competency



Penceramah dan tenaga pengajar
Speaker and lecturer

En. Mohd Dom bin Osman ialah seorang yang bervisi jauh dan mempunyai pengalaman yang luas dalam perindustrian. Beliau diiktiraf sebagai Pakar Negara oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Kini beliau adalah Pengarah Urusan di salah  sebuah Pusat Bertauliah terkemuka di Malaysia.

Beliau telah berkhidmat untuk negara semenjak tahun 1971 sebagai tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Kemudian, beliau menyertai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) pada tahun 1997. Setelah mencurahkan bakti hampir 10 tahun, akhirnya beliau bersara namun masih berurusan dengan JPK untuk melahirkan individu-individu berkemahiran melalui kursus-kursus yang dianjurkan bersama. Bukan itu saja bahkan setiap tahun beliau akan dijemput untuk menjadi hakim di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) dan MySkills. Dengan demikian, beliau telah mempunyai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, dalam bidang Pengurusan Latihan Vokasional. Beliau juga telah dilantik sebagai Fasilitator DACUM / DESCUM, Learning Guide, Dual System Expert (DSE), Sistem Latihan Dual Nation (SLDN) Program, Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT), Pegawai Pengesah Luaran - Vocational Training Officer / Vocational Training Executive / Vocational Training Manager (PPL-VTO/VTE/VTM) dan lain-lain.  

Antara jasa terbesar beliau adalah menjadi ahli panel penilaian untuk ASEAN Skill Competition (ASC) dan International Youth Skills Competition (IYSC). Sebagai seorang Pegawai Penilai untuk Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan adil.

En. Mohd Dom bin Osman is a person with great vision and has a vast experience in industry. He is recognized as National Expert by the Department of Skill Development (DSD) under the Ministry of Human Resources (MoHR). Currently he is a Chief Executive Officer (CEO) at one of the leading Accredited Center in Malaysia.

He has served the country since 1971 as a teacher and trainer at National Youth Skills Institute (IKBN). Then, he joined the National Vocational Training Council (NVTC). After devoted nearly 10 years of service, he finally retired but still producing skilled people through the courses organized with JPK. Every year, he will be invited to become a judge in Malaysia Skills Competition (PKM) and MySkills. Thus, he has a Malaysian Skills Advanced Diploma, in Management of Vocational Training. He was also appointed as Facilitator of DACUM / DESCUM, Learning Guide, Dual System Expert (DSE),  Dual Training System Nation (SLDN) Program, External Verifiers - Recognition of Prior (PPL-PPT), External Verifiers - Vocational Training Officer / Executive Vocational Training / Vocational Training Manager (PPL-VTO/VTE/VTM) and others.

His biggest contribution to the country is selected to become a member of evaluations panel for the ASEAN Skill Competition (ASC) and International Youth Skills Competition (IYSC). As an evaluation officer for PP-PPT, PPD and PPL he is a responsible and fair person.

               
En. Yusof bin Abdul Jamil merupakan seorang yang berdedikasi serta komited dalam mendidik anak bangsa. Perkhidmatan beliau dalam kerajaan bermula pada tahun 1976 sebagai guru di Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Setelah 12 tahun menjadi guru beliau menjadi tenaga pengajar pula di Institut Kemahiran sehinggalah bersara pada tahun 2008.

Beliau mempunyai Executive Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Associate Degree dalam Vocational Education & Training di Charles Sturt University, Australia. Beliau bukan saja mempunyai taraf pendidikan yang tinggi malah berkemahiran juga. Beliau mempunyai sijil Train The Trainer dari Australia dan sijil SKM dalam elektronik industri, komputer, dan elektronik radio dan video.  Dengan demikian, beliau telah mempunyai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, dalam bidang Pengurusan Latihan Vokasional. Beliau juga telah dilantik sebagai Fasilitator DACUM / DESCUM, Learning Guide dan lain-lain.  

                En. Yusof bin Abdul Jamil is a dedicated and committed person in educating our young generation. His work in the government service began in 1976 as a teacher in Vocational Secondary School (SMV). 12 years later he began to teach youth in Institut Kemahiran until his retirement in 2008.

He has obtained Executive Diploma from University technology of Malaysia (UTM) and associate Degree in Vocational Education & Training in Charles Sturt University, Australia. Not only he has high education, he also a skilled person. He has Train the Trainer Certificate from Australia and SKM certificate in electronic industry, computer and radio and video electronic. Thus, he has a Malaysian Skills Advanced Diploma, in Management of Vocational Training. He was also appointed as Facilitator of DACUM / DESCUM, Learning Guide and others.

Siapa yang perlu sertai?
Who should participate?

Pegawai eksekutif, jurutera, penyelia, ketua kumpulan, tenaga pengajar serta mereka yang ingin meningkatkan kualiti kepimpinan mereka supaya lebih berkesan dan produktif. Khususnya kepada individu yang memerlukan dokumen tambahan (@) untuk semua bidang kemahiran NOSS.

Executive officers, engineers, supervisors, team leaders, instructors and those who want to improve the quality of their leadership to be more effective and productive. Especially to individuals who require supplementary document (@) for all skills area NOSS.

Saiz kursus
Size of course

Bagi setiap satu sesi bilangan peserta ialah 20-30 orang. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang tahun mengikut kumpulan peserta yang terpilih oleh jawatankuasa persatuan. Bagi mereka yang beminat hubungi Teknologi Bijaksana di talian 03-90217864 . Untuk maklumat lanjut sila layari www.teknologibijaksana.com

For each session the number of participants is 20-30 people. Registration is open all year round to participant chosen by association committee. For those who interested contact Teknologi Bijaksana at 03-90217864 . For more information please visit our website at www.teknologibijaksana.com

Yuran
Fee

Cuma RM 1500.00 seorang. Tempat dan kemudahan latihan disediakan oleh pihak pengurusan.
Only RM 1500.00 per person. Place and training facilities provided by management.


Tunggu apa lagi? Segeralah mendaftar.
What are you waiting for? Sign now.

Yang Benar,
Best regards,

Teknologi Bijaksana
No.101, Pekan Batu 14,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
Email     : tbsmdo@yahoo.com                                                                   No Tel     : 03-90217864
Website : www.teknologibijaksana.com                                               No. Faks : 03-90211232
Blog: teknologibijak.blogspot.com                                          No. Hp    : 019-6431304



Powered byEMF Online Survey Builder






No comments:

Post a Comment